Isnin, 18 Mei 2009

Kejohanan Olahraga MSSM Kebangsaan 2009


Afiq Afendi sebelah kiri gambar bersama rakan-rakan serta jurulatih cikgu Henry

Afiq Afendi olahragawan bawah 15 Labuan dan juga pelajar sekolah Menengah Sains Labuan akan menyertai kejohanan Olahraga MSSM Kebangsaan 2009. Beliau akan mewakili Labuan dalam acara 4 x 100m,100m dan 200m bawah 15 tahun. Semoga beliau berjaya dan menaikkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Untuk makluman semua, beliau telah memecahkan dua rekod lLabuan dalam acara 100m dan 200m dengan catatan 11.30s dan 23.40s.

Kejuaraan Berganda Pasukan Bola Sepak Bawah 18 Tahun





Pada 2 Mei 2009 satu sejarah dalam sukan bola sepak S.M. Sains Labuan apabila berjaya menewaskan S.M.K. Mutiara dalam pusingan akhir bola sepak bawah 18 tahun MSSWPL peringkat W.P. Labuan. Kejayaan ini seterusnya melayakkan pasukan mewakili labuan ke peringkat kebangsaan di Kula Lumpur untuk kejohanan 100 plus bawah 18 tahun pada bulan julai 2009. Ini dalah kejayaan kedua setelah pasukan junior bawah 15 tahun juga telah berjaya menewaskan pasukan S.M.K Mutiara pada pusingan akhir.Ucapan terima kasih kepada guru-guru yang hadir memberi sokongan serta YDP sekolah n NYDP sekolah......terima kasih pada semua.....terima kasih belanja pizza.......insyallah tahun hadapan kita berjaya lagi